Tamu Kota Belud,Sabah

Sebut sahaja "KOTA BELUD", semua orang sabah tahu ia sinonim dengan jolokan pekan koboi, selain itu, ada satu lagi tarikan utama di daerah ini iaitu,
pasar pagi atau "tamu" dalam bahasa kasar masyarakat di sini. carilah apa sahaja di tamu ini
semuanya ada di jual, dari makanan, pakaian, alat-alat atau perkakas kegunaan harian, haiwan, buah-buahan, sayur-sayuran an macam-macam lagi benda yang tidak perlu saya nyatakan ada di jual di tamu kota belud ini. para peniaga pula ada yang datang dari luar daerah ini, semuanya datang untuk mencuba nasib dengan berniaga di sini, begitu juga pengunjung atau para pembeli yang bertandang ke tamu ini, bukan

sahaja dari kalangan penduduk yang tinggal berhampiran atau sekitar daerah kota belud sahaja, malah, yang datang dari luar daerah ini sendiri pun tidak kurang ramainya. faktor inilah yang menyumbang kepada rancaknya urusniaga jual dan beli di sini.. Tamu ini juga letaknya tidak jauh

Pis dari cik jai
dari pekan kota belud. Itu sedikit pengenalan berkenaan tamu kota belud, dan apa yang sebenarnya yang ingin saya paparkan di sini adalah kunjungan kami ke tamu ini

untuk tujuan kebiasaan kami, iaitu "Promosi". Bertolak dari kg. kaguraan kota belud, seawal 4.40 pagi, saya bersama cik fefydah (anak buah juga selaku akauntan), singgah terlebih dahulu ke kampung kulambai kota belud untuk menjemput seorang lagi krew kami, iaitu cik jai (panggilan glamer), memang kebiasaan para peniaga yang terlibat dengan tamu kota belud ini datang awal begini, jadi kami pun terpaksa mengikut "rentak" mereka-mereka yang sudah bergelar otai berniaga di sini. setibanya kami, keadaan masih lagi gelap, tetapi para peniaga sudah membanjiri tamu ketika itu, mencari ruang juga tapak niaga masing-masing, para pembeli pun sudah mula berkeliaran mencari barang yang hendak di beli, atau mungkin sengaja berjalan-jalan sementara menunggu para peniaga mempersiapkan tempat berniaga mereka masing-masing. maklumlah suasana masih lagi dalam keadaan gelap..

Siapalah agaknya di antara mereka berdua ni yang melepas angin???
setelah mendapatkan "parking" ( biarpun agak jauh dari tapak jualan kami, sebab malas bawa kereta masuk, ramai sangat peniaga) saya terus berjumapa pakcik saya, yang kira orang lama di situ, ( kira otai la pakcik saya ni ) Pakcik Zainuddin (Hj. Zainuddin, adalah seorang pensara, bekas pengajar/cikgu di kg. Nanamun Kota Belud juga) untuk mendapatkan tapak berniaga di situ.. Dengan bantuan pakcik saya, kerja mendapatkan tapak jadi lebih mudah. ia juga berdekatan sahaja dengan tapak pakcik Zainuddin saya menjual jenis-pakaian dan lain-lain lagi. setelah berpuas hati dengan tapak tersebut, kami pun mula mendapatkan segala keperluan kami yang masih tersorok di dalam perut van, Setelah siap mengangkat semua barang dan mendirikan khemah kami, hari pun sudah mulai cerah. para pengunjung pun sudah mulai ramai.. promosi dan acara berniaga pun bermula.. di pendekkan cerita, hasil dari usaha promosi hari itu, tidak berapa memuaskan berbanding beberapa tempat

lain yang kami kunjungi sebelum ini, namun begitu, masih ramai juga yang nampaknya betul-betul berminat dengan produk jualan kami ini, tapi di sebabkan hari itu 18/03/2012. jadi, kita semua pun faham, maksud pertengahan bulan bah. Lebih kurang jam 12.30 tenga hari. sudah ramai peniaga yang kelihatan berkemas untuk balik, jadi kami pun tidak ketinggalan acara yang wajib itu. selesai sahaja barang kami kemaskan ke dalam kenderaan, Kami pun terus bergegas balik ke kota kinabalu, (penat dan mengantuk, tahu lah apa obatnya)
Cik jai sedang menikmati sarapan paginya meehun goreng+sigup merudu
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comment: