Industri sarang burung, minyak sawit, pelancongan terbuka luas di Sandakan


SANDAKAN: Sandakan menawarkan potensi yang besar untuk berkembang di dalam industri sarang burung, pemprosesan hiliran minyak sawit dan pelancongan, demikian menurut Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Sandakan, Chia Hock Ak.
Sehubungan itu, katanya ramai ahli dewan perniagaan itu yang terlibat dalam industri tersebut merancang mengembangkan lagi penglibatan masing-masing.
Menurutnya, industri minyak sawit memainkan peranan penting dalam menjana pendapatan dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan di daerah ini.
Katanya, pembangunan semasa di daerah ini juga membabitkan pembinaan taman perumahan dan bangunan kedai baharu oleh beberapa pemaju, yang antaranya oleh Wah Mie Group dan IJM, pengwujudan Hub Pendidikan dan Kawasan Industri Berkelompok Sawit (POIC) Sandakan.
Bercakap kepada Bernama di sini, katanya kebanyakan ahli dewan perniagaan itu juga terlibat dalam perniagaan seperti pelancongan, pembuatan, pengangkutan, perikanan dan perkayuan, yang merupakan aset penting kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan Sandakan serta mewujudkan banyak peluang pekerjaan Dewan Perniagaan Tionghua Sandakan, yang ditubuhkan sejak 12 dekad lepas serta mempunyai 397 ahli, memainkan peranan penting kepada pertumbuhan aktiviti perniagaan di daerah itu.
Beliau berkata kewujudannya terus berada pada landasannya untuk menjaga kebajikan ahlinya dan menjadi penghubung kepada agensi kerajaan berkaitan perniagaan.
“Ia selari dengan matlamat penubuhan Dewan Perniagaan Tionghua Sandakan pada 1891 oleh mendiang Kwan Nor Heng bersama beberapa ahli perniagaan ketika itu yang melihat potensi perniagaan mampu menjana pembangunan di daerah ini,” katanya.
Bagi memenuhi keperluan pembangunan di daerah ini, beliau berharap kerajaan negeri dan persekutuan serius untuk menyediakan lebih banyak peruntukan bagi membina jalan raya baharu dan menaik taraf jalan raya sedia ada, memperbaiki bekalan air dan elektrik.
“Ia merupakan keperluan asas dan diperlukan untuk meningkatkan tarikan industri perniagaan di daerah ini terutama membabitkan pelancongan dan memberi kesan positif kepada pertumbuhan perniagaan,” kata Chia.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment