Hukum memakan sarang burung walit



Hukum Memakan Sarang Burung Layang-Layang.
Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum memakan sarang burung layang-layang adalah harus.
Memandangkan hukum memakan sarang burung layang-layang harus maka memeliharanya juga hukum harus.
Ayat-ayat al-Quran telah banyak menyentuh mengenai tuntutan memakan makanan yang halal. Islam sama sekali tidak mengizinkan penganutnya memakan sesuatu yang boleh membawa mudarat kepada fizikal mahupun spiritual.

Ini kerana ada makanan yang halal tetapi ia belum tentu baik untuk tubuh badan kita, seperti gula, lemak yang berlebihan yang boleh mengundang pelbagai jenis penyakit.
Islam mengajak umatnya mengekalkan kesihatan badan melalui pematuhan kepada makanan yang berkhasiat dan diet yang betul.

Perkara ini termasuklah persoalan memakan makanan yang belum pernah dimakan sebelum ini.
Contoh memakan sarang burung layang-layang bukan suatu kebiasaan masyarakat Malaysia, tetapi selepas mendapati ia (sarang burung layang-layang) dimakan oleh segelintir kecil masyarakat yang tinggal di kawasan berhampiran dengan gua, mula dikaji kelebihan dan khasiatnya sehinggalah hari ini sarang burung layang-layang ini berjaya menembusi pasaran global.

Sarang layang-layang ini menjadi tersohor apabila kajian dijalan ke atas sarang burung layang-layang dan mendapati ia sangat bermanfaat kepada tubuh badan manusia.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (al-Baqarah 168)
Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. (al-Baqarah: 172 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment